Meleleh abis!

Hohoi!


Hey, dah lama saya tak update blog ni. Nak cakap tadi saya baru je abis tengok ombak rindu. Hari tu tak dapat pergi wayang, macam-2 hal. Tapi cerita ni best lah jugak. Meleleh kot. Bila tengah tengok tu, aku punya lah cari part yang sedih tu. Tak pasal-2 aku main nangis je --' . Sampai part apa-2 pun aku menangis. 

Semalam, aku dah download. Hari ni cari time bila orang takde kat umah, baru tengok haha. Kalau ada orang nampak aku nangis, malu weh! Hahaha.

Btw, memang terbaikk sampai boleh buat aku tacing. Same like Tentang Dhia ep akhir :'(

*kbai

Tiada lagi muka buku

Hohoi!






'Tiada lagi muka buku?'. Mark Zuckerberg dah resigned ke? Ramai orang dah complain pasal timeline tu ke, so dia tutup? 

Sudah2! Takde kena mengena dengan hidup yang mati pun. Takde kaitan semua tu. Nak bagitau, tahun depan mungkin tiada FACEBOOK lagi bagi aku :'( . Start bulan satu, maybe nak resign guna fb kejap. Tapi bukan nak delete lah. Tak sampai ati. Mayb seminggu sekali je kot online. Tapi mungkin akan terON9 jugak! Jangan salahkan aku. Noti terus masuk dalam phone. Bila ada wi-fi dia auto! Bhah, nothing to do. Kena face to book not facebook. 

Kalau cikgu tanya, 'murid-2 cuti sekolah baca buku tak?
Murid: Baca cikgu! Muka buku :P

Blog pun mungkin jarang update. Tapi kalau ada exam, update lah kot. Excited kata ko.... Hahaha. Sebab sekarang pun parents aku marah asyik on9 je, 'nak peksa oi'. Aku jawab 'ok2'. Senang kan jawapan aku? Cuti ni seriously aku nak on9 puas-2. Sampai bila aku nak puas pun aku tak tau :P . Memang mak bapak tengok anak dia dok main je mana tak risau :(

Nanti kang semua orang terkejut dengan perubahan drastik aku, susah pulak. Coii! Hahaha. Azam nak kasi orang bangga. Abang aku pun dah masuk balik, takde siapa layan aku. So penemannya BUKU. Kalau tak masing-2 kecoh. Uuu~

jadikan lah buku peneman anda ;)


#kbai

Thankyou!

Hohoi!


Firstly, nampak tak perubahan blog ni. K, ada header. Tu semua kawan aku punya pertolongan. Baik gila dia nak tolong aku. Takut je dia marah, aku dah lah banyak songeh. Boo :P


Oh btw, kenapa dia punya fb jadi timeline? Sebab dia tukar sendiri eh? Buktinya, aku masih fb lama :D



And ada lagi sorang, kawan aku ni. Dulu rapat, sekarang tak rapat. Haha, macam tu pulak. Dia hot sekarang, tak berani nak tegur :P

                                             budak comel nie. semua gambar dia 100+ likes :D

Photographer ^^

Hohoi!


Hari sabtu aritu aku ada ambik gambar sikit. Just nak try-2 je bakat. Tengok ni..........

                                                              awal-2, pegang macam yakin je





Kaki Lenguh

Hohoi!


K, pagi tadi aku dengan parents aku pergi TAR. Tengku Abdul Rahman. Mesti semua orang tau ada apa kat situ. Yes! Tudung-2 dengan kain-2. Seperti biasa aku excited nak pergi situ. Dari awal aku dah set mind nak beli apa and keler apa shawl-2 tu. Muahehehe. Memang bawa duit bajet-2 letuww.

Dari satu kedai ke satu kedai jengah, takde yang berkenan. Berkenan tu ada tapi harga tak sepatutnya. Cari kedai yang aku pergi aritu, murah gila. Time-2 tu lah tak jumpnya -,- . Ayah aku dah muncung 7 inch nak tak nak aku masuk je lah satu kedai ni. Kedai ni lebih kurang dengan aritu punya. Murah gila-2 nak mati! Orang ramai gila, kedai besaq gila! Aku terus pergi bahagian shawl, tengok harga pergh-2 murah. Aku tengok mana yang berkenan sampai kais-2 sampai bawah bakul tu. Tush, tush *bunyi baling shawl. Hahaha. Mak aku cakap mana yang cantik tu letak je dalam bakul tu. Jalan-2 ag mana yang rasa cantik, aku sumbat je dalam bakul tu. Ada 6 jugak ahh. Lepastu barulah buat decision. Last-2 aku beli 4 shawl 1 syria. Ok la tu. Kain dia sumpah best.

Fyi, kaki aku sakit malam tu sebelum aku pergi TAR. Sampai sana, mula-2 lenguh. Sebab nak jugak nak jugak jalan lah. Lepas dah jumpa apa yang aku nak okay sikitlah kaki tu. Masuk kereta, MasyaAllah tak leh gerak abis. Cramp!

Dari situ lah terdetik niat murni nak berbisness. Haha, okay tak? Aku akan post gambar-2 kat sini. So, sesiapa yang nak emel aku. Nanti aku pos lah. Korang setuju tak? :D


*gambar shawl yang aku beli tadi
                                         pashmina: 3tone (hijau, pink, hitam)
                                          pashmina: 3tone (biru cair, putih, biru)
                                  pashmina satin: 3tone (hijau-2 hitam)
                                        pashmina: 3tone (coklat-2 peach)


I hope you guys would like it ^^
kbai.

Tangan malang!

Hohoi!


Firstly nak cakap tangan aku seriously malang gila pegang phone. Nak-2 phone baru sekarang. Abang aku beli phone baru, aku pakai phone dia yang baru 3 bulan. Belum hape-2 speaker dah rosak! XD biadap betul. Dah lah tak abis bayar ag. Tettt --' .

And sekarang, baru je tadi. Masa aku nak charge phone, 'apahal longgar semacam je ni'. Charger tu tercabut-2. Padahal baru beberapa minggu keluar kilang, maksudnya repair HAHA. Abang aku perasan, pastu aku kena bahan lagi. Asdfghjkl. Diammah!

Ada satu cerita nak kongsi, aritu speaker aku tak bunyi lagi sebab jatuh kat lantai. Aku cuak gila nak mati. 'Macam mana ni, baru je repair aritu'. Aku hentak balik phone tu kat lantai, MUAHAHA!! Nasib aku hentak, kalau aku baling macam mana? Siapa nak tanggung? Haha. Lepastu phone tu berbunyi balik, lega je.

Sekarang ni apa cerita, charger pulak bikin s***. Longgar pun longgar lah janji boleh hidup phone tu.

*aku ganas and careless. kbai.

2012 :P

Hohoi!

Lagi 12 hari 23 jam 57 minit nak ke tahun 2012! *suka ke? Apak kau suka, hahaha. Tahun depan ada mission impossible yang harus aku selesaikan iaitu PMR. Bunyi macam nak kena lempang. K,tkde kaitan :3

Banyak subjek yang perlu aku kejar, berjogging, berlari-lari, marathon sampai aku jadi atlet baru aku lepas subjek tu. HAHA! Yang lemah tu kena recover balik. Yang so-2 tu tingkatkan lagi. *Tingkatkan prestasi, kurangkan berimiginasi. Ok tak motto aku? :D

Buka latihan beli tak nak kalah je. Dah macam shopping barang dapur dah. Buat nye idoook :P salah satu sebabnya kan, aku suka bau buku! Agak2 macam soalan senang tu, ada-2 gambar menarik, aku belilah. So korang janganlah ikut style aku ni eh. Bilik dah boleh buat library. Abis exam boleh buat balik kedai buku LELONG. Sure, siapa nak call aku. Buku revision aku tak banyak beli sebab banyak ambik orang punya. Ia lebih menjimatkan ye sayang :)

*wish me luck everyone and goodluck pada siapa-2 yang amik PMR jugak (awalnye aku wish --'). Kbai.

Hotsetaap!

Hohoi,


Hari ni aku ada cerita hot gila gempak panas tebaboom nak bagitau! Haha, over pulak. Mungkin bagi aku hotsetaap lah cerita ni.


Petang tadi aku pergi Tesco, Kajang. Niat nak beli kain untuk baju sekolah kan. Bila nak balik tu, sorang mamat hulur2 kupon kat mak aku lepastu kat bapak aku. Aku pikir kupon apa jadahnya lah. Dia kata kedai ni baru bukak bla bla bla. Malas nak cerita pasal tu hihi. Lepastu dia suruh kitaorang duduk kat tempat dia berkupon tu lah. Aik? Macam pelik bunyi hahaha. Dia suruh isi kupon tu lepastu dapat lah mug sorang satu. Tapi, aku tak dapat :(


Tapi, tapi sebelum tu aku nampak abang ni segak giler, maksudnya handsome giler mak oi lah. Haha, aku pikir dia jaga kedai sebelah. Duduk kat kerusi tu, tiba2 mak aku cakap2, sorang abang lain pulak tegur. Aku pandang. Wow :O orang ketiga handsome arini yang aku nampak! Senyum sorang2 aku :D *jatuhkerusi. #ktipu.


Abang yang dok cite2 pasal barang kupon benda semua tu, okay jugak :3 . Suka tengok kesan lipan dia kat tangan. Ok, takde keje. Mak aku dapat kupon semua, bukak2 dapat barang. Excited semua segala bagai padahal kena beli barang jugak. Cerita ni toksah amik tau :P


Tiba2 abang yang ingat jaga kedai sebelah pun dok mai situ. Rupanya direct selling jugak -,- ohsemmm! Lepastu keluar lah sorang2 kawan2 dia yang nsem, semua nsem nokks. Dah la semua pakai kemeja lipat tangan, seluar slack, putih :)


Tengok kat pamplet tu ada tulis no tel abang yang dok cerita tu. Uishh, haha. Nama Z**. Btw semua layan baik gila ngan parents aku. Bila abang tu dok cerita2, aku pergi usha kawan dia kat sebelah layan customer layan. *kgedik. Aku adore mamat yang berdiri tu je. Haha. Bila abang sorang ni muka cam cina sikit, rasa macam pandang aku, aku pandang dia balik. Aku tau sebenarnya dia tak pandang...kot -.-


Lepastu ada adegan tak puas ati kat situ, mak ayah blah aku ngan blurnye bangun blah. Tak sempat renung sorang2 buat kali terakhir. HAHAHA! Bila jumpa kat depan tesco masa aku kat kaunter, aku pandang je sikit2. Malu takut dia perasan lebih. Hoho. Bila dah nak balik, abang yang cerita tadi cakap 'bye' kat mak ngan ayah aku. Aku weh?! Haha, aku jawab bye kau dalam hati walaupun takde kena mengena :P Tapi, tapi dia ada cakap JUMPA LAGI. Ye2, InsyaAllah kita JUMPA LAGI. AKAN! dengan kawan2 sekali yew. 


Kalau boleh, dalam adegan itu tadi aku nak:


#amik gambar ngan sorang2 (pikir artis ke? tapi kalah lah jugak Aaron Aziz :p)
#mintak no phone sorang2 (macam dia nak bagi)
#cakap hye ngan bye :)


*ini adalah cerita aku, haha. aku dah buat karangan ni. tapi ayat dia best. laju je aku taip masa ni. semua orang ada perasaan kat someone k. I adore uolls (6 ohsemm).

Macam nak lempang (Y)

Hohoi!


Tajuk nak gangster kan? Ye la semua sombong, rasa macam nak lempang ouhh! Kat fb, twitter, skype. K aku tau ahh aku takk femes macam korang kenn?! *marahmarah. Kalau kita bukan kawan, kita boleh jadi kawan kan? So? Hahahaha!

Pandai2 add, aku pulak gatal tangan nak approve. Memang kena lah. Kena beger nokks! Tengok-2 kawan kat fb den ramai gila (bagi aku lah), tapi act sorang pun tak layan aku. K, aku tacing. #patahseribu

#Kbai.

Ongbak Rindu

Hohoi!


Tajuk nak gud-2 je kan? Hahaha, barulah semua orang nak tahu. Ok this disember satu filem of the year dah keluar iaitu 'Ombak Rindu'. Semua sibuk kasi feeback, ada yang +ve dan tak kurangnya -ve. Tapi aku tak kesempatan nak nonton lagi tengok filem tu. Filem tu amik dari novel kan. Mak aku cakap, dulu masa dia sekolah-2 ada baca novel tu. Bapak lama je cerita tu -,- . Pelakon dia pun mantap-2, Lisa Surihani (kakak ipar aku), Aaron Aziz, Maya Karin. K, kalau filem tu tak best pun pelakon dia pun buat orang yang kat rumah tu bagai ditarik-tarik ke panggung!

If kalau ada masa, ari jumaat ni nak pergi tengok ahh, jom kawan-2! Belanja aku! Dengar belanja je mesti taknak kan? HAHAHA!! Cuti sekolah pokai, tak dapat income babe.


#Kbai :)

Blog updated!

Assalam,

Hua, hua! Bukan nangis yew. Ni sound effect gembira, lalala. Baru lepas update blog. Tukar2 semua benda. Rasa macam sebelum ni langsung tak up to date kata ko! Hahaha! Then, template agak girly2 sikit. Uuu, memang I girl okeyh! *terlebih sudah. K, lepas tu tukar gambar, font, warna :D . Cursor tu domo-2 sikit kan, aww aww kalau lah ada angry bird. Memang kena serang lah. Bah, tkde kaitan :3

Btw, sorila kalau agak-2 warna biru dengan purple telebih dos. Memang nyah suka gileeew naa warna itu! *ohgedik. And lepas ni pulak nak tukar lagu. Hope lagu tu korang suka. Lagu jiwang-2 mawang sikit, baru gempak, happening kebaboom!

Kalau ada pape, korang boleh tanya eh amik kat mana cursor tu semua, sure lah aku bgtau k.
Kbai yeop!

Hello!

Hey semua! Nampaknya blog ni dah lama berhabuk --'. Sori lah sebab tak update apa2 sejak cuti pertengahan tu. Busy gila2, takde masa kan. Entry dulu, dulu, dulu tu aku ada cakap kan takut pasal result. Btw, my result is good, not bad :) jyeahh. Cuma subjek yang aku cakap agak suseh tu, got B lah hihihi. 

Ok starting from now, nak update balik lah blog ni. Tengok kawan2 punya cantik, jeles meh! Tapi tahun depan maybe blog ni akan berhabuk lagi, bersarang apa semua coz nak PMR. Cuak :O

Bahaya contact lens

Aku tah berapa jam menghadap komputer setiap hari, aku pon tak tau. Lama2 power spec aku pon meningkat. Takut doh.

Bukan ape la, Wi-Fi trang tang tang ade depan mata. memang tak ah aku nak lepaskan peluang. Daripada melambungkan bil tenet aku. Baik la amik peluang keemasan ni. HAHAH! Kadang2 aku pon tak tau nak bukak ape, aku biar je tenet terbukak. Memang jahat la aku nie XD. Ko tutup, aku tutup. Kan senang?

Nak tu memang la nak kot pakai contact lens, tapi lain macam je aku tengok. Ada la sekali tu, memang dah dekat2 nak beli lah benda tu. Buat la kaji selidik, search punya search. Utube segala bagai. Ni siap dah tengok kat jualan online tu, memang cantik kot. Tiba2 dapat tau lens tu boleh jadi buta kalau tak jaga and pakai betul2. Pakai pulak macam nak tercocok je bijik mata tu, nak keluarkan pulak macam nak korek je bijik mata tu. Yela, dah pakai cantik2, tiba2 pakai spec, macam tak cantik la pulak kan.



*ape kene mengena tah ngan tajuk nie

Exam and result tension!

Sebelum cuti sekolah ni, satu Peperiksaan Pertengahan Tahun telah berlaku. Argh, Uargh! Semua bunyi keluar. Dua minggu sebelum periksa, ape pon aku tak prepare. Makin lama aku tengok, maka malas pulak aku ni --'. Aduyai! Dekat2 nak exam tu, punyelah tekun aku. Ceh, tekun ke :P ? Tertonggeng-tonggeng aku baca nak mengejar bab yang belum baca tu. Entah masuk ke tidokk! Mana budak2 yang baca kat kelas tu memang tak boleh blah aku! Tak boleh aku tengok, terus aku amik buku. Pegang je la actually. Belek-belek la jugokk ;P


First day exam tu, kat kelas aku tengok semua tekun lah. Tak boleh nak cakap apa. Kawan2 aku pun tanya itu ini. I'm proud la kat korang bila time exam. Seriously, memang aku suka kawan2 aku rajin camtu ouh. Selalunya bising je bila aku nak bukak buku. *angkat bakul sendiri la pulak.

Sekarang, nak tunggu result pulak lepas cuti ni. Takut pulak I rasanya! Grrr. Hope dapat yang the best la. Aku rasa dah buat yang terbaik dah. Ada la beberapa subjek yang macam suam-suam kuku tu. *tut tut subjeknya. Haprak!


Menyombong punya orang!

Seramai-ramai kawan kat fb tu, 100 online, sorang pun tak nak tegur! Pergi mam doh (maap kasar). Setakat nak menambahkan kawan korang, boleh blah la. Akan aku melakukan proses delete mendelete. Haha, biar pandai muka aku ngan korang! Tu la, banyak kawan tapi tak kenal, tak payah!

Baik kawan sikit, layan jugak lah kite. Kawan banyak, sampai tak terlayan kite. Arghh, geram doh! Untunglah kawan....

Celebrating!


109 wishes!

Today, takde banyak sangat nak berceloteh. And tiada berita penting pun.

Firstly, happy birthday for sesiapa yang sambut beday ari ni. Secondly, yah! I'm so excited :D (tiba2 je --') I've got 109 wishes like you know! For me, itu memang dah terlebih banyak la. Terkembang-kembang saya -..- 

Ye..memang tak sangke la giler! Bukak2 je fb ade 35 noti. Hohoi! Ye la korang dah biase dapat sebanyak tu kat noti korang. So, kesah pulak kan korang? Rilek2, takde benda pun nak kecoh2 nie. Bukan dapat present pon. Birthday pun dah lama tinggalkan aku. Ha, nanti2 kite jumpa lagi eh? InsyaAllah :)

SEE YA!

Happy Birthday!

Hari ni birthday aku! Thanks korang yang wish kat aku tu :)). Aku aprecciate giler2! Aku ingat korang sampai esok. Hehe, takkan sampai mati pulak kan? Nanti aku wish korang balik mana yang belum sampai tarikhnya tu keyh? Jangan risau. 

Sumpah terharu giler weyh! Rasa macam nak nanges. Huu, tapi kawan2 aku still belum mesej aku lagi. Hanya beberapa je, nanti aku wat camtu kat korang jugak k? Huhu. Aku tunggu beberapa minit lagi nak masuk hari lain, barulah aku wish. Lepas tu, tiba2 mesej tu 'failed sending' pulak kan? Huh, tu aku suka :D dah jadi belated birthday! Muahaha, gelak jahat. Takde la, gurau2 je.

Korang still kawan aku. Kesah ape wish lambat ke ape kan. Bagi hadiah ke tak kan. *keningkening. Sayangg korang! Sampai sekarang wish aku dah dapat 78 wishes! Thanks tau korang. Sejak aku ade fb ni, barulah orang ingat birthday aku, kalau tak berapa kerat je yang hantar. Hope semua doa korang tu jadi kenyataan. Aku Amin kan saja. Izzati Nadhirah, tahniah anda menjadi yang pertama wish saya! Anda sudah mendapat balasannya kan> flying kiss <

Berikan cintamu, juga sayangmu,
Percaya padaku ku kan menjagamu,
Hingga akhir waktu, menjemputmu~

Tak Sabar Rasanya!

Tiada hari seindah 6 Jun~ Wah, tak sabar nak tunggu la. Bile ek itu berlaku? Lagi berapa hari? Awh, awh! Esok la. Lagi beberapa minit je lagi. 
It's my birthday! Nak tunggu je la berapa yang ingat tarikh tu, maka dialah kawan aku!

Last Day

Seperti biasa sarapan di hotel. Hotel tu memang terbaik!
Lepas habis berposing2, bertolak ke Tanah Abang~


Memang femes tempat tu pun. Sama jugak, ade 9 tingkat, Semuanya tak nak kalah! Beli kain2 sulam, mak aihh. Murah jo. Kalau kat sini mau beratus2, kat sana dalam Rm 42 la. Mano tak gilo! Rasanya tak banyak pun shopping di sana karna semuanya udah ada! Hanya mau cuci2 mata aja deh~Cari2 kaos jakarta takde, bosan dah aku. Pening pulak, makan kat A&W. Mahal jugak A&W dia. Aku dah penat jalan, duduk situ je dengan ayah den. Yang lain, pi beli lagi. Dapat la jugak beberapa pasang lagi.


Ke Taman Mini Indonesia. Kat situ terdapat macam2 contoh rumah seluruh Indonesia. Macam rumah riau, bali, sumatera barat, tenggara. Setakat nak bergambar boleh la. Bukan bershopping.

Lepastu terus ke Airport Soekarno Hatta. Dah nak balik dah  :( . Rasanya baru je sampai. Belilah gula2 garuda ting ting berpeket2, dah banyak sangat duit berlebih. Ala, macam gula2 bantal tu. Hihi~



Sampai je rumah, tak reti2 penat. Susun2 barang2 yang dah beli tu kat atas karpet. Muat2 pulak satu karpet tu. Mak oi, banyak jugak belinya ye. Hihi~ Tak sedar. Rasanya poket macam berat lagi je.


Hope dapat pergi lagi di sana~ Untuk shopping je memang best, sepatutnya one day tu shopping je. Barulah ringan poket. SEE YA~

Third Day

Hari ketiga, sarapan di Hotel Unik.
Kemudian, my family keluar sekejap ke KartikaSari beli2 kek,then carilah kaos2 bandung tu. Asyik merengek je tak jumpa I <3 Bandung lagi. Ada pula kat tepi jalan tu. Lantak! Amik berkodi-kodi. Haha. Ye la, last di Bandung.

Supirnya abah lagi.


Bertolak ke Jakarta, mengambil masa 2 jam tak silap saya. Tidur je tau! Sampai di Jakarta, picture2 bangunan2 sambil dalam perjalanan. Bangunan diaorang, mak aih! Besar2, dan cantik2 dari KL rasanya.

Terus pergi ke Thamrin City~ Kat situ memang mall la. Ada 9 tingkat macam kat pasar baru. Disebabkan tak sempat nak beli macam2 kat pasar baru, kat sini pon boleh!
Sebelum itu makan dulu di foodcourt, kemudian baru berbelanja ya buk~


Mula2 jalan, nampak telekung, blaus2, jubah segala bagai. Tawar2 dulu, then cari2. Dapat la telekung beberapa pasang. Dah settle tu, baru lah boleh cari yang lain. Kain pelekat, kaos jakarta, baju batik.


Memandangkan waktu masih awal, singgah sat kat Plaza Bandung la. *kalau tak silap namanya tu la. Saja2 je cuci mata, terbelilah pulak kasut. Then, tak ada apa sangat la. Klo nak cari2 hape boleh la, BB pon baru 5 juta je! Hehe~Terus je lah makan kat situ. My family makan KFC je, tu je yang boleh masuk. The others, kat foodcourt. Tak tau diaorang makan apa.

Menginap di hotel n1 ( no 1).

Second Day

Hari kedua juga di bandung.
Sarapan pagi di hotel. Supir dia best! Lili! Bagos la die tu.
Mula2 pergi ke Kawah Putih, sejuk tempat tu and berdebu. Orang tepi2 tu jual topeng, kiteorg jual mahal. Pikir saja2 je, sampai je situ. Mak aihh! Semput, batuk. Semua memakai purdah. Haha, pakai shawl jadi purdah!



Lepas tu pergi kat Walini Hot Spring. Kat situ ade stroberi jugak + ladang teh kecil-kecilan. Dah nama hot spring, mesti dalam tu ade kolam air panas kan. Sempat jugak kiteorang letak kaki. Sengseng seluar.




Makan tengah hari di Reret Dendeng tak silap aku. Makanan die kat situ barulah selera. Jus Melon <3




Teruskan perjalanan ke Pasar Baru. Tempat yang terkenal dengan shopping di Bandung. Masa tu jam menunjukkan pukul 4 rasanya. Jalan la pelan2, tiba2 pergi kat tempat kain2 ela, bunyi *zap* dia punye besi tu dh tutup, maknanya kedai dah tutup la. Mana yang bukak tu, kiteorang serbu je la. Beli je terus mana yang berkenan. Memang termengah-mengah. Lantak je la. Asal cepat sangat kedai ni tutup. Ayoyo! Dah beli, lekas cari telekung, takde pulak. Dah tutup kot kedai tu. Jumpa kain2 sulam, singgah! Beli, beli, beli. Ketua rombongan cari my family. Katanya cepat sikit, nanti parking tu dah tutup. Tak pasal2, tak boleh keluar pulak. Memang la tak aim mana kedai nak pergi sebab first time!




Malam tu pergi lagi ke outlet2, Toko Tiga Jeans. Kat situ, jangan cakap la. Ramai betul orang nak berniaga kat kita kat kaki lima tu. Ikut je kita. Kalau kita rasa takut, masuk je mane2 toko. Dia akan tunggu kita kat luar je.Yang peliknya, kenapa dia tak berani masuk kat toko tu eh? Then, bila kitaorang dah masuk van tu pun, diorang masih ikut kita. Lagi2 bukak tingkap, ah sudah! Kiteorang wat tak tau je. Pandang tempat lain, abis cerita. Kesian tu memang la kesian. Nak wat camane lagi.



Makan malam di restoran mana tah. Menyediakan nasi padang. Kitaorang datang je diaorang terus bawak makanan berdulang-dulang. Aku dengan abang aku dah pandang2 dah. Sampai aku nak cakap, 'eh, tak order pun'. Rupa-rupanya dia letak je lauk2 tu, kita makan je apa yang kita nak. Kalau tak na, letak tepi. Owh, cam itu. Apa lauk yang kitaorang nak makan pun tak tau. Ayam je yang kiteorang tau. Hehe, ayam tak cukup zat. 


Pulang ke hotel.

First Day

Hari pertama di Bandung, 
rombongan aku ke Hotel dulu la. Hotel Unik! <3

Then pergi ke KartikaSari dekat je dengan hotel uh. Macam2 ada! Kek, kerepek, gula2. Hihihi, best kot.



Lepas tu naik van abah kau! Haha, tak ade la. Nama supir tu abah. No flat van tu pun AK. That's why aku cakap abah kau!
Apasal gambar die cam haram ni?
Time2 tu pulak van nak rosak, berasap2. Tak jadi pulak ke Ladang Stroberi sebab dia tak tahu jalan --'. Sabar je lah! Then, teruslah pergi tempat makan Kampung Daun. Makanan die mak aii --'. Boleh lah....



Teruskan perjalanan ke outlet2 seperti di Rumah Mode dan Fashion World, shopping2! Tak banyak pon duit berhabis kat sini. Hehe. Then, bile my family penat duduk la kat tepi mall tu sementara menunggu yang lain. Yang tak bolah tahan, ramai pulak datang berniaga kat kitaorang. Kitaorang bersila je sambil tawar-menawar. Tak nak kasi kurang terus cakap 'ah, tak nak'. Syok tak? Tapi jangan cepat kesian la kat sini. Kalau tak, nanti semua serbu. Abis la korang.


*gambar nanti2 la. cam haram je

Coretan Bandung>Jakarta

Assalam,
Aku baru je balik dari Indonesia ahad hari itu. Tu la kali pertama aku ke luar Malaysia. HUARGH, syiok!
Sorry la tak sempat nak update blog ni awal2, maklumlah excited tengok barang2 yang dah dibeli. Tapi tak ade la ketinggalan benor tarikh tu. Beberapa hari yang lalu je, bukan setahun kann? Hihihi.
Ni pun baru hari ini aku tak sihat. Ye la, sini cuacanya hangat, 'panas' kepala. Kat sana, mak oii 26 celcius.
Selama 4 hari 3 malam aku berada di sana. 3 hari di Bandung dan 1 hari di Jakarta. Tunggu la posting yang seterusnya untuk mengetahui cerita saya.

SAYOUNARA :)









Finally~~

Hari tu aku ade cerita pasal kamera mana yang patut aku pilih kan, di antara D3100 dengan D90. Last, yang lain jugak aku pilih. Terbaru katanya, D5100. Awh, so nice! And this pic memang nampak macam unpro pon. Ni sikit2, dah pandai guna. Daripada tak tau langsung, ade jugak kelebihannya kan? Ye ke tidokk?




Happy holidays ~

Sekarang ni tengah cuti sekolah . Ade yang bercerita pergi ke sana sini . Memang jeles , aku cume duduk rumah je . Ni la kerja aku , hari2 online , update la blog nie . Pergi shopping pun jadi la cuti2 ni . Dah kira suka SANGAT la tuuu . Tengok2 profile fb org , tengok blog orang . Kenapa blog2 mereka semua cantik2 belaka ? Macam mane nak buat mcm tu ye ? Apa yang penting , saya tengah gembira , aritu saya pergi bercuti sebelum orang cuti lagi . Haha , Indonesia mari !! Like2 seribu kali :D Nanti saya kongsikan cerita saya akan datang .

The Curve n IKEA

Pertama kali , dengan begitu jakunnya pakaian yang begitu sakai masok ke dalam the curve , tempat yang menjadi perhatian artis dan remaja . Masok je tempat tersebut , 'Wow!'. Biase jer . Ape yg best sangatnye pun ? Haha . Terus pergi ke tempat makan seperti dirancang . Hanya makan !! wuu . Memang kempunan aa nak survey . Mase tengah makan , boleh pulak abang aku nampak artis . Aiyoo !! bukan nak bagitau time2 tu jugak . Balik umah baru cerite . Xpe2 , xsempat itu . Esoknye pergi lagi , dengan berbaju kurung plk !! Ouh tidakkk , akulah gadis melayu terakhir disane . hehe . Memalukan ... Xpe2 , itu baju kebangaan . Akhirnye , aku jalan2 jugak kat situ . Jumpe artis lagi kat IKEA . Abang aku jugak yang nampak ag !! ergh ... Aku dah la rabun :0 nampak baju je la dah cukup . Xdapat bergambar sebagai bukti .