Birthday and celebration

Assalamualaikum,


Yaaa, 6 Jun hari tu birthday aku. Then tak sangka pulak ramai wish aku. Secara langsung atau tak langsung. Kenal atau tak. Then ter SS di situ hahaha. 146 wishes kalau tak silap. Bertambah sikit lah dari tahun lepas. Syukur, rasa sangat dihargai :) even beberapa orang yang aku harap, tak wish kat aku, k aku tak kisah lah. Asal kau bahagia. 


Okayy kali ni aku cerita pasal semalam and kelmarin. Serious lama gilaaa tak update. A bit malasss :p . Pasal benda2 yang aku nak kongsi je aku habaq mai. 


On 5th June - yeahh pukul 10 malam tu aku dapat call. Nombornya sangat panjaaaaaang. Mati2 aku fikir dari Indon mana. So aku angkat je lah and senyap. Tiba2 ada perempuan menyahut. Tak cam ouh suara o.O then dia sebut nama aku what bla bla. Rupa-rupanya Izzaaatiiiii! Dia call dari Mekah just want to say happy birthday to me :') . Lepastu ada pulak sorang mamat ni kat fb tersesat wish aku awal. Say thank you je lah.


On 6th June - tepat pukul 12, my family wish dulu :) then amira mesej. Tak sempat nak balas, Sakinah pulak call. Bukak fb, merepek2 ngan Maryam. Dia dah la wish sebut nama org lain :p pagi tu bla bla kawan aku pulak wish. Then ada drama kat situ. Act Ayu paling awal wish, tapi mesej dia aku tak dapat. Then dia terasa org paling last. K sorry salah anggap :(


On 7th June - yess jadi jugak plan nak pergi alam ramai2. Act plan tak ye2 sangat pun. Bila tanya budak laki semua cakap 'pergi kot. insyaAllah'. So tak harap sangat diaorg pergi. Pagi tu pergi rumah Sakinah ngan Maryam. Sakinah macam biasaaa ah dia punya alasan hahaha. Plan naik bas sama2, then mak kawan aku nak hantar. Sampai alam, masuk toysrus. Ok sumpah semua jadi kanak2 riang. Pekerja dia pandang je. Bila nak keluar tu jumpa dak laki; awat, put, min, arif, put


Dah jalan separuh jalan, patah balik pergi situ. Then lagi kanak2 jadi nya dengan diaorg. Ke tempat2 barbie semua hahaha kbai -.- . Lepastu pergi mcd coz dah lapaaaau gila. Mereka dah kemana. Mesej2 semua suruh datang situ. Fikir diaorg takde duit kot. Rupanya dah makan. Kami derma lah kentang2 tu lawll. Then semua macam segan2 silu.


At that time masa nak beli topup, aku nampak burnnnnn~then dia lesap entah kemana. Kitaorg meneruskan aktiviti dengan bermain bowling. Tujuan utama tu. Ajak burn, dia cakap ada hal. Ingat dah balik lah. Main punya main, game pertama aku teruk. 3rd last kot kalau tak silap. Ayu yg first time main pun hebat. Walaupun main campak je. Arif ngan Amalia hebat masa tuuu~


Game kedua, I bangkit! Hahaha. Masa Maryam pergi jumpa kawan dia tu, kitaorg gantikan. Aku paling banyak gantikan muahahah :D ingatkan nak main masuk longkang semua, sekali straight je -.- then terus turn aku bola tu melilau~~~dah main setengah game, tiba2 blackout. Tanya abg tu, dia cakap dah abis. Ehh spoil lahh. Aku dah merungut-rungut coz aku tengah leading. Aswat first. Masalahnya cam lama lagi. Dia cakap kitaorg main sebelum start nama. Aku sendiri tengok nama dah keluar, baru kitaorg main. K foinee.


Lepastu budak laki main arcade, kitaorang minum kejap. Then jumpa my old friend. Serious weird, awkward. Mula2 senyap je. Aku je yang tanya kot.....haha yelah sebab aku yg ajak jumpa. Then aku rasa ada je tak kena coz aku tak tutup aurat dengan sempurna. So aku banyak tanya dia soalan, then insyaAllah aku cuba perbaiki and kongsi ilmu kat kawan lain.


kbai. have fun :D