Bahaya contact lens

Aku tah berapa jam menghadap komputer setiap hari, aku pon tak tau. Lama2 power spec aku pon meningkat. Takut doh.

Bukan ape la, Wi-Fi trang tang tang ade depan mata. memang tak ah aku nak lepaskan peluang. Daripada melambungkan bil tenet aku. Baik la amik peluang keemasan ni. HAHAH! Kadang2 aku pon tak tau nak bukak ape, aku biar je tenet terbukak. Memang jahat la aku nie XD. Ko tutup, aku tutup. Kan senang?

Nak tu memang la nak kot pakai contact lens, tapi lain macam je aku tengok. Ada la sekali tu, memang dah dekat2 nak beli lah benda tu. Buat la kaji selidik, search punya search. Utube segala bagai. Ni siap dah tengok kat jualan online tu, memang cantik kot. Tiba2 dapat tau lens tu boleh jadi buta kalau tak jaga and pakai betul2. Pakai pulak macam nak tercocok je bijik mata tu, nak keluarkan pulak macam nak korek je bijik mata tu. Yela, dah pakai cantik2, tiba2 pakai spec, macam tak cantik la pulak kan.



*ape kene mengena tah ngan tajuk nie

Exam and result tension!

Sebelum cuti sekolah ni, satu Peperiksaan Pertengahan Tahun telah berlaku. Argh, Uargh! Semua bunyi keluar. Dua minggu sebelum periksa, ape pon aku tak prepare. Makin lama aku tengok, maka malas pulak aku ni --'. Aduyai! Dekat2 nak exam tu, punyelah tekun aku. Ceh, tekun ke :P ? Tertonggeng-tonggeng aku baca nak mengejar bab yang belum baca tu. Entah masuk ke tidokk! Mana budak2 yang baca kat kelas tu memang tak boleh blah aku! Tak boleh aku tengok, terus aku amik buku. Pegang je la actually. Belek-belek la jugokk ;P


First day exam tu, kat kelas aku tengok semua tekun lah. Tak boleh nak cakap apa. Kawan2 aku pun tanya itu ini. I'm proud la kat korang bila time exam. Seriously, memang aku suka kawan2 aku rajin camtu ouh. Selalunya bising je bila aku nak bukak buku. *angkat bakul sendiri la pulak.

Sekarang, nak tunggu result pulak lepas cuti ni. Takut pulak I rasanya! Grrr. Hope dapat yang the best la. Aku rasa dah buat yang terbaik dah. Ada la beberapa subjek yang macam suam-suam kuku tu. *tut tut subjeknya. Haprak!


Menyombong punya orang!

Seramai-ramai kawan kat fb tu, 100 online, sorang pun tak nak tegur! Pergi mam doh (maap kasar). Setakat nak menambahkan kawan korang, boleh blah la. Akan aku melakukan proses delete mendelete. Haha, biar pandai muka aku ngan korang! Tu la, banyak kawan tapi tak kenal, tak payah!

Baik kawan sikit, layan jugak lah kite. Kawan banyak, sampai tak terlayan kite. Arghh, geram doh! Untunglah kawan....

Celebrating!


109 wishes!

Today, takde banyak sangat nak berceloteh. And tiada berita penting pun.

Firstly, happy birthday for sesiapa yang sambut beday ari ni. Secondly, yah! I'm so excited :D (tiba2 je --') I've got 109 wishes like you know! For me, itu memang dah terlebih banyak la. Terkembang-kembang saya -..- 

Ye..memang tak sangke la giler! Bukak2 je fb ade 35 noti. Hohoi! Ye la korang dah biase dapat sebanyak tu kat noti korang. So, kesah pulak kan korang? Rilek2, takde benda pun nak kecoh2 nie. Bukan dapat present pon. Birthday pun dah lama tinggalkan aku. Ha, nanti2 kite jumpa lagi eh? InsyaAllah :)

SEE YA!

Happy Birthday!

Hari ni birthday aku! Thanks korang yang wish kat aku tu :)). Aku aprecciate giler2! Aku ingat korang sampai esok. Hehe, takkan sampai mati pulak kan? Nanti aku wish korang balik mana yang belum sampai tarikhnya tu keyh? Jangan risau. 

Sumpah terharu giler weyh! Rasa macam nak nanges. Huu, tapi kawan2 aku still belum mesej aku lagi. Hanya beberapa je, nanti aku wat camtu kat korang jugak k? Huhu. Aku tunggu beberapa minit lagi nak masuk hari lain, barulah aku wish. Lepas tu, tiba2 mesej tu 'failed sending' pulak kan? Huh, tu aku suka :D dah jadi belated birthday! Muahaha, gelak jahat. Takde la, gurau2 je.

Korang still kawan aku. Kesah ape wish lambat ke ape kan. Bagi hadiah ke tak kan. *keningkening. Sayangg korang! Sampai sekarang wish aku dah dapat 78 wishes! Thanks tau korang. Sejak aku ade fb ni, barulah orang ingat birthday aku, kalau tak berapa kerat je yang hantar. Hope semua doa korang tu jadi kenyataan. Aku Amin kan saja. Izzati Nadhirah, tahniah anda menjadi yang pertama wish saya! Anda sudah mendapat balasannya kan> flying kiss <

Berikan cintamu, juga sayangmu,
Percaya padaku ku kan menjagamu,
Hingga akhir waktu, menjemputmu~

Tak Sabar Rasanya!

Tiada hari seindah 6 Jun~ Wah, tak sabar nak tunggu la. Bile ek itu berlaku? Lagi berapa hari? Awh, awh! Esok la. Lagi beberapa minit je lagi. 
It's my birthday! Nak tunggu je la berapa yang ingat tarikh tu, maka dialah kawan aku!

Last Day

Seperti biasa sarapan di hotel. Hotel tu memang terbaik!
Lepas habis berposing2, bertolak ke Tanah Abang~


Memang femes tempat tu pun. Sama jugak, ade 9 tingkat, Semuanya tak nak kalah! Beli kain2 sulam, mak aihh. Murah jo. Kalau kat sini mau beratus2, kat sana dalam Rm 42 la. Mano tak gilo! Rasanya tak banyak pun shopping di sana karna semuanya udah ada! Hanya mau cuci2 mata aja deh~Cari2 kaos jakarta takde, bosan dah aku. Pening pulak, makan kat A&W. Mahal jugak A&W dia. Aku dah penat jalan, duduk situ je dengan ayah den. Yang lain, pi beli lagi. Dapat la jugak beberapa pasang lagi.


Ke Taman Mini Indonesia. Kat situ terdapat macam2 contoh rumah seluruh Indonesia. Macam rumah riau, bali, sumatera barat, tenggara. Setakat nak bergambar boleh la. Bukan bershopping.

Lepastu terus ke Airport Soekarno Hatta. Dah nak balik dah  :( . Rasanya baru je sampai. Belilah gula2 garuda ting ting berpeket2, dah banyak sangat duit berlebih. Ala, macam gula2 bantal tu. Hihi~



Sampai je rumah, tak reti2 penat. Susun2 barang2 yang dah beli tu kat atas karpet. Muat2 pulak satu karpet tu. Mak oi, banyak jugak belinya ye. Hihi~ Tak sedar. Rasanya poket macam berat lagi je.


Hope dapat pergi lagi di sana~ Untuk shopping je memang best, sepatutnya one day tu shopping je. Barulah ringan poket. SEE YA~

Third Day

Hari ketiga, sarapan di Hotel Unik.
Kemudian, my family keluar sekejap ke KartikaSari beli2 kek,then carilah kaos2 bandung tu. Asyik merengek je tak jumpa I <3 Bandung lagi. Ada pula kat tepi jalan tu. Lantak! Amik berkodi-kodi. Haha. Ye la, last di Bandung.

Supirnya abah lagi.


Bertolak ke Jakarta, mengambil masa 2 jam tak silap saya. Tidur je tau! Sampai di Jakarta, picture2 bangunan2 sambil dalam perjalanan. Bangunan diaorang, mak aih! Besar2, dan cantik2 dari KL rasanya.

Terus pergi ke Thamrin City~ Kat situ memang mall la. Ada 9 tingkat macam kat pasar baru. Disebabkan tak sempat nak beli macam2 kat pasar baru, kat sini pon boleh!
Sebelum itu makan dulu di foodcourt, kemudian baru berbelanja ya buk~


Mula2 jalan, nampak telekung, blaus2, jubah segala bagai. Tawar2 dulu, then cari2. Dapat la telekung beberapa pasang. Dah settle tu, baru lah boleh cari yang lain. Kain pelekat, kaos jakarta, baju batik.


Memandangkan waktu masih awal, singgah sat kat Plaza Bandung la. *kalau tak silap namanya tu la. Saja2 je cuci mata, terbelilah pulak kasut. Then, tak ada apa sangat la. Klo nak cari2 hape boleh la, BB pon baru 5 juta je! Hehe~Terus je lah makan kat situ. My family makan KFC je, tu je yang boleh masuk. The others, kat foodcourt. Tak tau diaorang makan apa.

Menginap di hotel n1 ( no 1).

Second Day

Hari kedua juga di bandung.
Sarapan pagi di hotel. Supir dia best! Lili! Bagos la die tu.
Mula2 pergi ke Kawah Putih, sejuk tempat tu and berdebu. Orang tepi2 tu jual topeng, kiteorg jual mahal. Pikir saja2 je, sampai je situ. Mak aihh! Semput, batuk. Semua memakai purdah. Haha, pakai shawl jadi purdah!



Lepas tu pergi kat Walini Hot Spring. Kat situ ade stroberi jugak + ladang teh kecil-kecilan. Dah nama hot spring, mesti dalam tu ade kolam air panas kan. Sempat jugak kiteorang letak kaki. Sengseng seluar.




Makan tengah hari di Reret Dendeng tak silap aku. Makanan die kat situ barulah selera. Jus Melon <3




Teruskan perjalanan ke Pasar Baru. Tempat yang terkenal dengan shopping di Bandung. Masa tu jam menunjukkan pukul 4 rasanya. Jalan la pelan2, tiba2 pergi kat tempat kain2 ela, bunyi *zap* dia punye besi tu dh tutup, maknanya kedai dah tutup la. Mana yang bukak tu, kiteorang serbu je la. Beli je terus mana yang berkenan. Memang termengah-mengah. Lantak je la. Asal cepat sangat kedai ni tutup. Ayoyo! Dah beli, lekas cari telekung, takde pulak. Dah tutup kot kedai tu. Jumpa kain2 sulam, singgah! Beli, beli, beli. Ketua rombongan cari my family. Katanya cepat sikit, nanti parking tu dah tutup. Tak pasal2, tak boleh keluar pulak. Memang la tak aim mana kedai nak pergi sebab first time!




Malam tu pergi lagi ke outlet2, Toko Tiga Jeans. Kat situ, jangan cakap la. Ramai betul orang nak berniaga kat kita kat kaki lima tu. Ikut je kita. Kalau kita rasa takut, masuk je mane2 toko. Dia akan tunggu kita kat luar je.Yang peliknya, kenapa dia tak berani masuk kat toko tu eh? Then, bila kitaorang dah masuk van tu pun, diorang masih ikut kita. Lagi2 bukak tingkap, ah sudah! Kiteorang wat tak tau je. Pandang tempat lain, abis cerita. Kesian tu memang la kesian. Nak wat camane lagi.



Makan malam di restoran mana tah. Menyediakan nasi padang. Kitaorang datang je diaorang terus bawak makanan berdulang-dulang. Aku dengan abang aku dah pandang2 dah. Sampai aku nak cakap, 'eh, tak order pun'. Rupa-rupanya dia letak je lauk2 tu, kita makan je apa yang kita nak. Kalau tak na, letak tepi. Owh, cam itu. Apa lauk yang kitaorang nak makan pun tak tau. Ayam je yang kiteorang tau. Hehe, ayam tak cukup zat. 


Pulang ke hotel.

First Day

Hari pertama di Bandung, 
rombongan aku ke Hotel dulu la. Hotel Unik! <3

Then pergi ke KartikaSari dekat je dengan hotel uh. Macam2 ada! Kek, kerepek, gula2. Hihihi, best kot.



Lepas tu naik van abah kau! Haha, tak ade la. Nama supir tu abah. No flat van tu pun AK. That's why aku cakap abah kau!
Apasal gambar die cam haram ni?
Time2 tu pulak van nak rosak, berasap2. Tak jadi pulak ke Ladang Stroberi sebab dia tak tahu jalan --'. Sabar je lah! Then, teruslah pergi tempat makan Kampung Daun. Makanan die mak aii --'. Boleh lah....



Teruskan perjalanan ke outlet2 seperti di Rumah Mode dan Fashion World, shopping2! Tak banyak pon duit berhabis kat sini. Hehe. Then, bile my family penat duduk la kat tepi mall tu sementara menunggu yang lain. Yang tak bolah tahan, ramai pulak datang berniaga kat kitaorang. Kitaorang bersila je sambil tawar-menawar. Tak nak kasi kurang terus cakap 'ah, tak nak'. Syok tak? Tapi jangan cepat kesian la kat sini. Kalau tak, nanti semua serbu. Abis la korang.


*gambar nanti2 la. cam haram je

Coretan Bandung>Jakarta

Assalam,
Aku baru je balik dari Indonesia ahad hari itu. Tu la kali pertama aku ke luar Malaysia. HUARGH, syiok!
Sorry la tak sempat nak update blog ni awal2, maklumlah excited tengok barang2 yang dah dibeli. Tapi tak ade la ketinggalan benor tarikh tu. Beberapa hari yang lalu je, bukan setahun kann? Hihihi.
Ni pun baru hari ini aku tak sihat. Ye la, sini cuacanya hangat, 'panas' kepala. Kat sana, mak oii 26 celcius.
Selama 4 hari 3 malam aku berada di sana. 3 hari di Bandung dan 1 hari di Jakarta. Tunggu la posting yang seterusnya untuk mengetahui cerita saya.

SAYOUNARA :)