Arghhh

Assalamualaikum! *gaya cakap rap


Arghh, seriously hari ni bosan gila. Rasa tak sedap hati and rasa terhina! Aku chat dengan semua orang then semua cakap busy. And i was like 'HAAAAH?'. Perkataan 'demm' dah keluar time tu. Aku whatsapp sorang tu dia kata busy, sorang kata nak tengok youtube, sorang lagi nak tengok cerita korea! #pleaseterasa. Hahaha.


Aku melayan perasaan sorang-2 kat twitter. Ahhh, stalks orang lagi. Bila orang tweets aku terasa siot! Aku nak attention, bukan attention seeker. Ok aku pun tak paham.


*kbai :(

Birthday Amalia - 2011 punya

Assalammualaikum,


Tahun lepas ada buat birthday party Amalia kat taman. Masa tu aku jadi photographer sikit-2, kamera dia lah. So tadi baru dia upload gambar tu semua. Oh sangat excited tengok, nasib baik muka aku ok2 sahaja. Kalau tak, habis semua gambar aku suruh buang. Hahaha.

role model :


baju putih : amalia :)
baju itam : izzati :)
baju colourful : ayu :)
baju purple : me :)













*kbai, kami sangat comel :p (friendship never ends)

Hanging dengan family

Assalammualaikum, 


Semalam was the greatest ever punya hang dengan family. Sejak first time abang aku bawak aku tengok wayang and main bowling dengan kawan dia aritu, start tu lah punya excited gila nak main bowling lagi. Yeahh, kak azie strike! Abang aku pun strike jugak -.- . Masa tu score aku 56 je, bapak sikit. Underdog gila, tapi first time tuuu. Lek luuu :p .


Okay, wayang pun best jugak (Y), BUJANG TERLAJAK. Biasa lah, tengok pelakon nabil, johan ngan apek. Confirm lawak gila babs kan. So pergilah tengok. Belum start lagi, semua dah buat sound effect 'haha'. Masa tayangan movie tu, pecah perut lah semua. Boleh tersembur popcorn tu. Lol, so tengoklah......or download hahahah.


Semalam punya cerita ni, me ajak abang aku pergi main bowling lagi. Dia setuju je lah kalau ada orang nak belanja. Then malam tu pergi alamanda. Mak ngan ayah aku pun ikut, mula-2 taknak ikut -.- . Ajak angah lagi susah, ni tiba-2 dia nak ikut cukup baik lah.


Sampai alamanda pergi main bowling dulu. Main 2 game dohh! First time game aritu tangan aku lenguh. Okay, kali ni first game aku dapat 78 point. Menaik kan?! Ahak. Dapat 2 straight ni. Jangan main-2. 3 orang main, ofcos lah aku yang last ._. Second game, aku dapat 92 point. Wewewewe! Bangga gila siot. 2 strike kott, kau ado? Abang aku dah rasa tercabar. Puihhh. Nasib baik tak buat 'sapa kalah, belanja'. Yang tu lain kalilah. Belum expert lagi ni, pro je :p


Lepas habis bowling, mak aku ajak pergi karok woyy! Hahaha, best-2. First time! Pastu karok-2 lah. Aku nyanyi lagu adira, then semua cakap sebijik ahh. Aku pun rasa macam tu :) lagu tu mak aihh susah, key kena tinggiiiiiiiiiiii. Anuar Zain punya lagu sumpah jahanam aku buat. Tak tahan nak jerit sedetik lebih tu.


*kbai. lain kali siapa ajak aku hang, belanja bowling k.

Berlari

Jika anda tidak boleh terbang, berlarilah. Jika anda tidak boleh berlari, berjalanlah. Jika anda tidak boleh berjalan, merangkaklah, tetapi walau apapun berlaku..teruslah bergerak. Jadi jika saya jatuh, saya akan bangun dan terus berjalan. Mungkin saya berjalan terdengkot-dengkot, tapi saya akan terus berjalan. Jangan BERHENTI :)

Sanggup ke?

Assalammualaikum,


Okay selama ni kita selalu dengar orang cakap 'aku sanggup lepaskan bf/gf aku demi kawan'. Maksudnya, kawan kita tu suka crush kita, then kita sanggup lepaskan hulur kat dia pulak? Percaya ke ada orang macam tu? Sanggup ke dia? Kalau ada, memang sumpah cakap baik lah. Kalau tak, awal-2 lagi kita dah warning dia kan jangan kacau crush kita. If ada orang macam tu, rasanya kawan dia tu takkan ingat jasa dia kot. Dia senang-2 suka, orang yang susah-2 dapat, hulur je. Crush kita pula, mesti fikir lain dan terus bergaduh. Lama-2 semua dah bawak haluan masing-2.


*taktau merepek apa. bye!

Lemah semangat

Assalammualaikum,


Semalam aku demam, hari dah sihat sikit. Tinggal sisa-2 selsema je. Haihh, hari ni rasa lemah semangat sangat. Berharap sangat dia balas. Tapi cek-2 setiap minit tak balas-2 jugak. Padahal aku hantar dulu sebelum dia online. Mesti dia perasan kan benda tu. Nak buat homework pun seriously tak bersemangat, lagi-2 benda alah tu kena lukis. Silap-2 terlukis orang tu pulak kan. Memang kena tutup lah buku tu. Mood hilang serta merta.


Aku selalu stalks dia, tapi bila aku dah taknak aku akan buat tak tahu je lah. Hidup ni bukan semua kita boleh dapat. Benda yang kita harapkan memang jarang kita nak capai dan perlukan usaha yang tinggi. Tapi dalam perkara ni memang tak yah nak usaha sangatlah kan. Pasrah itu rela, redha itu ikhlas. *sukahatilahnakletakapa. Tau lah dia hot kan, taknak layan iteew. Ok akan tetapi kalau bertembung empat mata memang gugur jantung kot. Tu sebab buat-2 kenal tak kenal je.


*kbai, taknak baca tak yah baca.

Kelakar

Asslammualaikum,


Hari ni pagi-2 tiba-2 cikgu cakap exam ditunda pada hari jumaat. Tapi esok still ada lagi. Cuma subjek tu la. Nasib baik. Dapat aku study agama penuh kekhusyukan. Mwahaha. Then, hari ni digantikan dengan bengkel SEJARAH bersama berita harian! Wawawa, masa cikgu cakap sejarah je, aku terus 'wewewewe'. K, sewel.


Bengkel tu start punya lambat, kitaorang dah tunggu dah dekat sejam. Ok, faham. Then kat depan tu budak-2 hot duduk. Uishhh. Hahahaha! Belajar, belajar!


Bila pensyarah tu masuk je dia cite-2 bla bla bla pasal sejarah la. Tiba-2 satu part tu dia buat lawak sampai ke sudah. Tercirit-cirit aku gelak. Melampau -,- . Ada ke dia kata Zaman Paleolitik tu zaman bodoh gila bab! . Haha, aku bagi contoh je, jangan condemn aku pulak k. Sumpah lawak nih! Lelaki jangan cakap lah, paling kuat gelaknya every moment. Bila dia berhenti lawak, aku terhenjut-henjut lagi. Tiba-2 budak laki tu gelak bila orang senyap. Amboi, sukanya~ Ahaha.


#kbai. sejarah is simple, kena faham konsep je. and tak semestinya sejarah kena serius. love sejarah! :)

Ujian Diagnostic

Assalammualaikum,


Hehe, sejak dah masuk sekolah jadi baik pulak. Takde dah nak hoy-2 orang. Awal-2 harus di beri dengan salam :) . Ok, nak cerita. Hari ni saya baru dapat update blog ni. Sebab esok cuti. Malam ni HARUSLAH kena study balik yeww. First day, boleh tahan lah. Still sama kelas dengan kengkawan yang dari form1 tu. Rasa macam dah rapat dah. Walaupun aku tak banyak cakap. Tapi kalau ada yang nak tukar kelas tu agak sedih jugak :> Aku still dengan geng aku, tapi berpecah tiga-2 pulak. Dalam kelas macam tak cakap pulak kitaorang.


Awal-2 tu cikgu cakap 5 orang nak tukar kelas. Then kitaorang dah :O cikgu pun agak sedih. Cikgu Aidzawati dah rapat dengan kitaorang. Hari kedua diaorang masuk kelas lain, lepas rehat masuk balik! Then semua tepuk tangan. Dah macam retis dah. Yay! Everyone kumpul balik. Salah satu sebabnya kelas lain dah lebih 30. Kitaorang baru 25.


Cikgu kelas masuk dah bagi motivasi. Then cikgu sejarah masuk, banyak pantang larangnya. Agak tegas, kita kena pandai survive lah yeww. Nota banyak gila --' . Hari kedua dah dapat jadual ujian. Omangai! 9 Jan dah peksa. Masuk topik form3 pulak tu. Then I was like ohhh sh** . Ok, takleh banyak merungut ;)


*kbai. sori terbuat karangan pulak. yelah penulisan nak A :p

Esok last cuti

Assalamualaikum semua!


Esok last cuti sekolah. Hmm, tak sangka aku dah tua :/ katanya first week ada ujian. Tapi minggu ni 3 hari je sekolah. Ada ke? Taktau lah aku sedia ke tak ni nak masuk sekolah. Kerja sekolah confirm bertimbun nih. Tak bertimbun kena ulangkaji je.

Lepas ni, dah tak update dah blog ni. Ni kira yang last untuk cuti ni :'( kalau sambung pun mungkin cuti pertengahan nanti. Sabor je lah. Kena lah sanggup kan?

Oh btw, tahun ni aku jadi pengawas pusat sumber. Huh, taktau lah macam mana rupanya. Mesti kelakar. Memang kontra abis warna kuning dengan muka aku! Abis lah. Hahaha. Harap-2 saya dapat melakukan tugas dengan baik. Mesti bertanggungjawab. *ceh!

Kelas aku akan berwarna-warni! Sebelum ni, semua putih je. Macam hape je -.- Segan lah pulak nak jumpa diaorang. Harap-2 aku datang, ramai dah ada. Kalau tak, nak melanguk kat mana aku? Mula-2 mesti semua malu-2 ikan, lepastu riuh satu kelas. Excited kata kau!

*kbai. get ready for school! hope anything complete.