Birthday and celebration

Assalamualaikum,


Yaaa, 6 Jun hari tu birthday aku. Then tak sangka pulak ramai wish aku. Secara langsung atau tak langsung. Kenal atau tak. Then ter SS di situ hahaha. 146 wishes kalau tak silap. Bertambah sikit lah dari tahun lepas. Syukur, rasa sangat dihargai :) even beberapa orang yang aku harap, tak wish kat aku, k aku tak kisah lah. Asal kau bahagia. 


Okayy kali ni aku cerita pasal semalam and kelmarin. Serious lama gilaaa tak update. A bit malasss :p . Pasal benda2 yang aku nak kongsi je aku habaq mai. 


On 5th June - yeahh pukul 10 malam tu aku dapat call. Nombornya sangat panjaaaaaang. Mati2 aku fikir dari Indon mana. So aku angkat je lah and senyap. Tiba2 ada perempuan menyahut. Tak cam ouh suara o.O then dia sebut nama aku what bla bla. Rupa-rupanya Izzaaatiiiii! Dia call dari Mekah just want to say happy birthday to me :') . Lepastu ada pulak sorang mamat ni kat fb tersesat wish aku awal. Say thank you je lah.


On 6th June - tepat pukul 12, my family wish dulu :) then amira mesej. Tak sempat nak balas, Sakinah pulak call. Bukak fb, merepek2 ngan Maryam. Dia dah la wish sebut nama org lain :p pagi tu bla bla kawan aku pulak wish. Then ada drama kat situ. Act Ayu paling awal wish, tapi mesej dia aku tak dapat. Then dia terasa org paling last. K sorry salah anggap :(


On 7th June - yess jadi jugak plan nak pergi alam ramai2. Act plan tak ye2 sangat pun. Bila tanya budak laki semua cakap 'pergi kot. insyaAllah'. So tak harap sangat diaorg pergi. Pagi tu pergi rumah Sakinah ngan Maryam. Sakinah macam biasaaa ah dia punya alasan hahaha. Plan naik bas sama2, then mak kawan aku nak hantar. Sampai alam, masuk toysrus. Ok sumpah semua jadi kanak2 riang. Pekerja dia pandang je. Bila nak keluar tu jumpa dak laki; awat, put, min, arif, put


Dah jalan separuh jalan, patah balik pergi situ. Then lagi kanak2 jadi nya dengan diaorg. Ke tempat2 barbie semua hahaha kbai -.- . Lepastu pergi mcd coz dah lapaaaau gila. Mereka dah kemana. Mesej2 semua suruh datang situ. Fikir diaorg takde duit kot. Rupanya dah makan. Kami derma lah kentang2 tu lawll. Then semua macam segan2 silu.


At that time masa nak beli topup, aku nampak burnnnnn~then dia lesap entah kemana. Kitaorg meneruskan aktiviti dengan bermain bowling. Tujuan utama tu. Ajak burn, dia cakap ada hal. Ingat dah balik lah. Main punya main, game pertama aku teruk. 3rd last kot kalau tak silap. Ayu yg first time main pun hebat. Walaupun main campak je. Arif ngan Amalia hebat masa tuuu~


Game kedua, I bangkit! Hahaha. Masa Maryam pergi jumpa kawan dia tu, kitaorg gantikan. Aku paling banyak gantikan muahahah :D ingatkan nak main masuk longkang semua, sekali straight je -.- then terus turn aku bola tu melilau~~~dah main setengah game, tiba2 blackout. Tanya abg tu, dia cakap dah abis. Ehh spoil lahh. Aku dah merungut-rungut coz aku tengah leading. Aswat first. Masalahnya cam lama lagi. Dia cakap kitaorg main sebelum start nama. Aku sendiri tengok nama dah keluar, baru kitaorg main. K foinee.


Lepastu budak laki main arcade, kitaorang minum kejap. Then jumpa my old friend. Serious weird, awkward. Mula2 senyap je. Aku je yang tanya kot.....haha yelah sebab aku yg ajak jumpa. Then aku rasa ada je tak kena coz aku tak tutup aurat dengan sempurna. So aku banyak tanya dia soalan, then insyaAllah aku cuba perbaiki and kongsi ilmu kat kawan lain.


kbai. have fun :D














Mid-Term

Assalamualaikum,


Dah lamaaa tak update kan. Selalu rasa nak update, tapi takdaaa masa lah. Next week dah mid-term, ISNIN. Memang biasa lah hari ni baru nak study. Hari2 kena tegur ngan my mum sebab nak exam baru baca buku. Tertonggek-tonggek baca. Macam satu hari tu satu form lah kan boleh ingat -.- Ok macam biasa target 5A! Kali ni nak science A pulak :) i will try my best.


Ok lupakan pasal mid-term. Tadi ada sinar sabtu. Semalam cikgu kitaorang cakap kelas pukul 8 pagi. Then bila sampai, nasib baik ada classmates dah datang. Kesian pulak kat diaorang sebab datang awal. 830 pun kelas tak start lagi. Setengah je yang datang, hokalohhh. Then macam biasalah gabung satu form 3.


K then whatever buat grup, lepastu cikgu suruh aku ngan maryam pergi grup lain. Ok sedih -.- view dah la baik punya. Dalam grup tu, bukan aku cakap pun. Maryam je yang explain. Aku bukan kedekut ilmu, tapi tak reti nak terangkan. Kang masuk exam then jawapan aku salah, aku yang kena....


Sebelah grup aku tu ada Afham :D hahahha. Aku ngan afham sekarang dah macam geng. Kitaorang selalu bergurau. Afham cakap nak pinjam kertas. Aku buat muka then. Lepastu kitaorang lempar2 kertas tu. So naisss haha. 


Aku: Afham, kita balik pukul berapa?
Afham: pukul 1
Aku: lawak lah? tu kau
Afham: ye lah aku pergi lib 8
Aku: ok -.- eh diaorang cakap lepasni ada BI
Afham: aku tak pergi
Aku: weh2, aku taktau aku taktau. madam kammy pun takde
Afham: tah, taktau taktau :D
Sama2: hahaha :D


Now, I think Afham and Aswat is my bestfriendssssss :)

Program Menanam Pokok

Assalamualaikum,


Hari ni kitaorang berempat (aku, Amalia, Rijina ngan Amira) pergi menanam pokok! Yeahh! Nampak tak semangat cintakan alam sekitar di situ? LOL. Act sepatutnya 7 orang pergi. Seorang ada hal, 2 orang tak sihat. Lagi seorang taktau dah kenapaaaa. And sebenarnya kitaorang pergi sebab nak sijil kebangsaan je :p


Dengan first timenya aku bangun pukul 530 arini. Percaya tak? *tampor diri sendiri. Pahal semangat sangat aku pun taktau. Pukul 630 keluar rumah. Langit very the dark. Mesej Aswat ngan Amalia, derang cakap dah ada kat sekolah. Tu lagi terujaaaa k. Hahaha. Then sampai sekolah aku main jalan je, sekali nampak macam Amalia je. Aku pun duduk je lah. Yelah rabun --'


Then Aswat tiba2 datang kat beg dia cari spec. Muka dia masam je, lepastu dia cakap spec dia hilang. Kesian :((( . Kitaorang bukannya simpati masa tu, kutuk ada lah. Then bla bla naik bas. Dalam bas sejuk gilaaaaa!


Masa sampai tu, pergi tukar baju. Beratur punya panjang kat toilet bergerak tu, lol. Then kitaorang salin kat belakang je. Hihihi, jangan salah sangka. Kami pakai inner :) Saya dapat saiz M. Nak saiz S, tapi akak tu bagi yang badan kecik je. Aku besar sangat ke :O


Lepastu sarapan, tanam2 pokok. Yeah itu paling best. Sumpah penat kena tarik tanah tu. Aku teruja masa tu, tarik plastik itam tu. Lupa lahh nama dia haha. Then gembur tanah guna tangan. Mula-2 aku eee kat situ. Akak tu tengok je :p masa nak amik baja tu, aku kena tegur ngan abang tu. Asal kedekut sangat letak. Dia pun curah dari guni tu. Aku tengok pun dah 'wahh banyaknya'. Masa nak amik baja kat dalam guni tu, aku sempat lagi baca 'bismillah'. Akak tu senyum je. GRRR.


Aku rasa semua benda aku buat kt situ. Buktinya my seluar, kasut habis kotor than Amira :ppp 
Lepastu buat pemasuan semula. Pokok tu boleh bawak balik :D then makan, lepastu amik gambar. Gambar kat blog Amira. I punya muka mintak tangan k. Bajet gangster letak topi senget. Actually sepanjang hari ni Rijina paling lawak tau. Tapi taknak cite, nanti dia malu haahah.

Bila sampai sekolah, kitaorang kemas kelas. Mula-2 kitaorang duduk je dalam kelas sebab takde bahan. Aku ngn Amalia cakap nak pergi 7-E. Then semua 'weh aku nak big gulp, pepsi tau medium punya. aku nak slurpee'. Awat pulak tiba-2 bagi RM2. Aku dah macam 'kau nak apa'. Dia jawab 'ermm, kismis satu kotak, madu sebotol...' Aku gelak habis.


Keempat-4 mereka mengorder kepada kami. Aku kutip duit siapa nak big gulp ngan slurpee. Apom banyak songeh. Amalia kutip siapa nak topup je aahahah. Sampai situ, kitaorang terus amik mangkuk tu isi lol. Macam berniaga. Siap masuk dalam plastik lagi. Tengah sedap-2 minum, apom cakap Izzati datang. Semua cakap dia tipu. Sekali betul. Izzati, izzati -.-

Sumpah Awesome

Semalam ada sekolah ganti. Berapa kerat je pun yang datang. At first bosan gila kot. Kitaorang datang act sebab cikgu nak buat folio. Then cikgu suruh turun dewan tolong2. Ingat aku nak ke? Haha malas sebab aku tengah tolong Zati buat folio pk dia. So kitaorang stay dalam kelas. Then kitaorang gelak kat Syafiq. Ok jahat, haha.. Afham pulak tak abis2 ngan crush dia. Nak jumpa, jumpa je lah. 


Masa tu masing2 dah mendap kot. Semua main phone je lah. Memang dah tau la english cikgu mesti tak masuk. Pukul 745 camtu aku dah merengek nak balik huhu. Then aku ngan Amira pergi round2 sekolah. Masa tu aku dah kusut gila. Lama pulak tu nak rehat. Kitaorang jalan tanpa arah tuju. Bila waktu rehat, semua bertekad nak balik tapi tak jadi atas desakan kawan. 


Mula-mula ingat kantin tak bukak, kitaorang nak keluar dah, sekali ternampak diaorang semua bawak beg. Aku ngan marahnya cakap 'tu diaorang nak balik kot'. Aku malu di situ. Diaorang terus pergi dewan. Lepas makan dalam kelas, budak2 perempuan cakap nak pergi bilik kaunseling. Budak lelaki pun macam 'nak join jugak boleh tak'. Kitaorang ok je. Lagi ramai lagi best act.


Masa nak masuk tu, Khair ngan kawan dia ada kat dalam. Tapi kitaorang masuk je. Start dari tu, SEMUA gila! Awat, Afham, Ayu, Amira, Khair semua main dam haji. Aku pulak rajin tetiba buat nota. Then aku takleh tahan, aku main dam ular tu. Sekali ni Afham nyanyi 'ding2, *keluar lagu english*'. Awat cakap 'kau nyanyi ding2, sekali keluar lagu tu'. Aku ngan Ayu gelak2 vibrate di situ. Muka Awat slamber je cakap. 


Aku ngan Afham main dodo kot tak silap aku. Bila dah main2 tu kitaorang gaduh2 kat situ. Then Awat terbalikkan board tu haha. Masa tu aku ngan Afham main tak betul. Kitaorang terus letak dam tu kat tempat menang. Lepastu amik yang sama warna timbun atas tu. Serious Afham best! Oh btw Ayu menang lawan dam haji ngan Khair. Yay. Then aku ngan Afham nak lawan lagi sebab tak puas ati. Kitaorang main dam ular. Tiba2 je Awat datang. Dia cakap 'tengok aku main lambat mesti menang'. Mula2 aku dah tercabar, sekali dia turun ahhaah. Bila dah abis Awat ajak aku main. 


Awat: Intan jom main
Aku: main apa?
Awat: dam haji
Aku: ok tak reti hahah
Awat: abistu ular2? asyik kena turun je.


Kitaorang main karom pulak lepastu. Main jentik2 je. Aku dah geram, aku amik dadu besar tolak kat dam2 warna tu. Bersepah kat lantai huhu. Sekali aku bagi idea main bowling botol. Sekali Khair taktau dah kenapa tolak semua botol tu. Aku gelak2 je ah. Then semua rembat2 lah botol2 tu. Bergelimpangan~ Bila botol tu kena kaki Hadi, dia cakap 'adoy' lembut gila. Senak perut aku. 


Zati pulak tetibe sembur lavender tu. Khair datang dia sembur kat semua orang. Kitaorang 1geng kbj kat situ. Dia dah cuak dia masuk kat bilik kaunselor. Afham dah tunggu kat luar pintu sambil pegang spray. Hadi sembur2 bau tu bawah pintu. Dah lama tunggu, dia baru keluar. Diaorang bau dalam bilik tu, takde apa kot. Kitaorang kat luar macam nak mati.


Ada kad manilla ni macam main dam ular tu. Patutlah ada dadu gajah. Mula2 semua teruja nak main. Then letak lah dam kecik tu. Ayu kata gunalah barang besar. sekali semua baling barang masing. Aku baling botol terus muaahah. Ingatkan main senang je, sebab banyak tangga. Sekali kena jawab soalan. Semua dah malas.


Moral: kesian siapa yang kat dewan. kbye

Regret :)

Assalamualaikum,


Hari ni mood down. Saya tak bebas dari segele-gelenye. Rasa hidup diperhatikan. Hok alohhh! Selepas saya tau benda sebenarnya, saya tidak lagi kegembiraan seperti dulu. Saya terasaaaa sangat menyesal.


Bila dapat tau, aku menangis kot. K tu tipu :p


Saya dah malas memikir itu semua. Kalau kau nak perasan, perasan lah seumur hidup. Boleh je aku suka orang lain. Tak tergila-gila pun macam aku seorang ni 3 tahun. Daaa. Seriously, ok kau dah tau eh. Ignore je. Aku pun mula-mula kisah, tapi lepas dah lama-lama mesti kantoi jugak kan.


Salah aku..................fine bye, wassalam.

Birthday Partaaayy Izzati



Yelo2, lihat keterujaan kami! :D 

 Zati ditutup mata. Sempat lagi kitaorang amik gambar.
Sakinah, Me, Zati dan Ayu

 Maryam, Me, Zati dan Ayu

 See kami buat muka :3

 Birthday Girl teruja.


 Semangat tolong-menolong :)

 Yeahh, me so -__-

 Zati tengah baca kad ucapan. Kami gelak tentang ucapan someone tu.

 Ayu excited.

 Dah kenapa


 Domino Pizzaaaa 1300888555.




 Zati disuap oleh Ayu

 Me failed suapkan.

 Alolo :)



 Terlalu teruja Maryam itu. Aku dah macam nak tolong angkat pinggan je.

 Tomey2.

 Amira, Me, Ayu, Sakinah.
Seksa aku tengok Sakinah ni :p

 Me with birthday girl. Failed pose.

 Kami comel :3

 Afham dan Min


 Yeahhh, ilovethisverymuch.

Yay!

Happy April

Assalammualaikum, hari ni nak cerita tentang keterujaan. April is very nice to me. Awal2 bulan dah buat aku happy sangat. Hope macam tu hingga akhir tahun. Lagipun pernah ke nampak aku tulis kesedihan dan kegeraman kat sini? Ada lah 1-2 kan. Tak banyak lah.


Ok back to the topic. Semalam 4/4/12 telah berlangsungnya pertandingan kawad. Acehh --' Semua hebat2 belako terutamanya Pandu Puteri lah hehheh. Seriously lah budak2 tu sanggup nak masuk tau even sikit. Tu terbaekk ok :) aku sendiri pun taknak masuk. Serikkk hok alohh.


Then aku dengan my classmates tengok depan kelas je. Tiba2 aku nampak Imran bawak kerusi kat koridor tu. Dah kenapa lol. Lepastu aku macam 'Eh'. Aku pun masuk kelas ambik kerusi :DD tak segankan aku haha. Kitaorang tunggu lama kat koridor tu, bosan giler. Eh tiba2 tak bosan dah. Masa tu aku dah start jadi gila. Lagi2 nampak Nazreil, Faris main pepsi cola dengan Arif, Put semua. Aku dah macam gelak nak gila tau. Melayang layang semua lompat. Excited pijak kaki orang haha.


Lepastu aku asyik kulur kilir masuk kelas. Ceh mentang2 kelas belakang je. Aku gelak macam nak mati kat situ. Aku siap tercangkung-cangkung and menyorok belakang dinding. Seriously aku tak boleh tengok orang yang ketawa over sangat.

Funniest day! HAHAHA

Assalammualaikum, seriously nak bagitau hari ni aku paling toing2 lah. Nak tahu kenapa?

1)   Pagi2 tu aku pergi satu tempat 'stalk' IC dua orang ni kat hmm adalah :p kang semua berebut stalk jugak kan haha. Act sebab nak tahu diaorang punya kedudukan dalam aliran. Sama ada aku bet diaorang atau duduk sebelah ke kan hahaha sebab mereka ni budak2 genius. Amira dapat no 25 then sorang tu 24, yang sorang lagi 28. Suka betul Amira bila tau dia diapit. OMG! Hahaha. Then aku terdiam di situ. Watlek.

2)  Aku ngan Sakinah menyanyi depan cikgu Norzima. pastu cikgu cakap 'nyanyilaa. nanti hujan.' last last memang betul hujan. hahaha

3)   Sakinah panggil cikgu Aidzawati dengan gaya Cikgu Mad. 

4)   Masa cikgu tengah cakap pasal rokok2 ni, tiba2 Putra menyelit 'tu lah tibai je bapak saya tu'. Weh..aku gelak kot. Then Aswat tak habis2 salah baca. Mengelegak jadi mengalak lol.

5)   Aku ngan Maryam gelak2 masa Donovan baca teks dalam buku Twitter. Habis keluar semua slang Sarawak dia haha. Hilang kejantanan dia haha k. Bayangkan lah dia cakap paru2 version sarawak.

6)   Ammar and Naufal buat presentation agama. Then Ammar dengan over confident + muka tak bersalah cakap 'burung ABRAHAH'. Kitaorang sekelas terus gelak. Masa tu aku tak henti2 gelak. Bahu tak habis2 terhenjut, kepala dah hantuk2 kat meja. Then tiba2 sambung ayat yang meng'weird'kan dengan qalqalah yang tebal mengatakan 'kita mestilah BERTAUBATTT!'. HAHAHAHAH! Aku angkat kepala masa tu terus AMBOIIIHH. Sakinah cakap suara aku paling kuat masa tu. Gelak je aku masa agama tu.......ilmu habis terbang. Lagi satu, Afham cakap 'sama ada dapat masuk syurga atau pahala'. Terburai perut.

Lawak ke der? Tak? Ok.

Zombie End

Assalammualaikum,


Today was the last day for holidays :( *sobsob. Takleh nak jadi zombie dah. And naik sekolah je ada kejutan budaya berlaku. Dapat result MARCH TEST! fuuu rasa nak pengsan. I hope I get the best result. Teacher said if we got only 1A dapat sijil jugak. But its not enough!


Oh yeahh then cikgu nak tampal result kat board. Oh no :o feeling memang rasa membuak-buak mencarut masa tu. Tapi Afham said, 'Takpe nanti orang tengok, lagi kita bersemangat'. Masa tu semangat aku naik balik. Yeahh kita dapat tau siapa no 1 semua then kita rasa nak bet dia :p what the bagus persaingan. Kita boleh tengok result crush kita :3 < this is what cikgu cakap mehh.


Count down maybe like 206 days more! But seriously persediaan tu memang takde. Lagi2 agama, taktau lah nak hafal macam mana 90 bab. Can anyone tell me? Macam biasa lah cuti sekolah homework bertimbun. Ingat aku buat ke? Hehe sikit :D Kat sekolah ada kelas tambahan, sinar sabtu, homework busy gila. Bila cuti tak pegang buku. Tahniah Intan :D

March Test

Assalammualaikum,


Hari ni secara mutlaknya habis exam bagi pelajar yang tak ambik jepun. Tapi I'm not done! Aku masih dijajah. Esok aku kena ambik paper jepun. Orang lain dah bersuka ria, balik kertas, susun meja semua. Kami masih menarik kerusi untuk berborak. Hahaha :D


Btw, esok jepun kan. Aku tak bawak balik buku jepun! Taktau nak sedih ke gembira. Lol sebab tak ingat satu hape pun. Ingatkan taknak datang sekolah esok, tapi cikgu nak cakap pasal kerja kursus sejarah pulak. Kalau tak lulus kang, kena bebel2. Alah, bukan masuk PMR pongg =='


Hari ni tiba2 tadi teringin nak pergi picc nak tengok debat. Tapi orang tak ajak, tiba2 pergi tak ke lain macam? Okay saya target 7A for this march test :) . But bi seriously macam gampang, aku tak boleh buat langsung. Cikgu kata kalau format salah, maybe dapat C. Tapi aku format betul, arahan yang salah. Arahan suruh buat article. Aku buat apa? Recount! Kbai redha. Belajar dari kegagalan. Then ramai gila budak form2 cakap madam kammy tick strict gila. K cikgu -.-

Feeling

Assalammualaikum,


*2ayat
-Hari ini saya sangat bahagia senyum sampai siku dan saya blushing :)


Cakap pasal perasaan, bila dua orang suka orang yang sama. Got it? Siapa cepat dia dapat ok #MutiaraKata hahaha. Contohnya, bila kita suka orang yang satu kelas, aku pun pernah ok. Hari2 tengok muka dia kadang2 rasa muak kan. Eh betul apa. Kalau perangai elok takpe. Ni macam syaiton.. Ok kalau perangai macam tu buat apa nak suka. Contoh je. Main bantai je cakap ni.


Baik cari yang lain kelas ke :) hohoho atau lain sekolah. Baru rasa tercari-cari hahaha. Amboi2 lebih2 pulak nasihat ni. Sangat annoying K. Lek intan lek.

:(

Saya malulah cerita benda tu semua. Tapi saya ingin baca sendiri, tak suruh orang baca pun. Ok lepas ni malas nak tulis berkaitan kejadian sekolah. Nanti kantoi. Hanya tersemat dalam hati  :) 

Tercatat dalam sejarah

Assalammualaikum,


Angkara dek terkena pelajaran sejarah tadi, hari ni merupakan "BEST DAY EVER" for me. Inilah sebab dan akibatnya kan. Ok, takpayah tunjuk pandai -.-


Bila Amira cakap hari ni ada campur kelas for science, Im surely excited. Its more fun kan! Boleh belajar ramai2 :p But today early morning, when I arrived at school, someone had asked me where the auditorium, she has a kursus there. Then I was like maybe this is the teacher for our science class. Bila semua dah naik audi, then semua kena turun balik sebab kursus tu. Patutlah ada kereta berderet-deret. Aku yang seolah-olah terkesima masuk kelas sendiri boleh pulak cakap 'Macam muat masuk ramai2 kan'. Intan thats your class! Belajar sendiri! Ok mood down.


Masa rehat, masa naik tangga ehhh terjumpa pulak. Mood up, hahah. Mula2 nampak kawan dia bertubuh besar di tangga HAHAHAH! ofcos dia ada kan :p seperti biasa, jalan pandang tangga terlanggar orang. Blushing ._.


Bila sejarah, baru gabung :D beratur ikut kelas then ikut nombor pulak. Terpaksa berpecah :( Cikgu kata bersosial lah sikit kononnye. Geng budak tu dah la lambat. Cuba imagine kalau diaorang awal, then salah sorang dapat no 8, ahahaa k. Lepastu tak aci 1 grup geng diaorang je. Then aku dapat grup ngan Sofia. Nasib baik ada kawan! Lepas dapat latihan, semua buat sendiri, takde discuss langsung. Semua mood 'Lantak kau la'. Dahla Aina pendiam, tension aku!! Aku tanya, dia macam jawab tak jawab je. Bila ngan Sofia, kitaorang dua je bincang. 


Lepas aku dah habis buat bab1, aku tengok laki tak abis lagi. Then masuk bab2. Bila cikgu cakap nanti grup lain cek kan. Aku terus ajak derang cek. Mula2 Sofia yang sebut jawapan, lepastu dia suruh aku. Aku terasa ketua kat situ, jawapan semua aku bagi, k. Kalau ada TERSALAH tu sori tau :) lelaki masa kitaorang tengah cek tu bukan nak dengar, masih lagi cari jawapan. Cikgu mintak kertas, main tanda je -,- Then Fayyed suruh aku baca soalan kalau kitaorang kena.


Fayyed: nanti siapa nak baca?
Me: kaulah Fayyed.
Fayyed: kaulah, suara kau kan kuat.
Me: mana ada.
Fayyed: ye, kat kelas aku dengar suara kau je.
Me: hah? :O


*kau silap dengar kot Fayyed, hahaha.


*saya tulis apa yang saya suka. ini diari saya.

Confess~

Assalammualaikum,


Okay aku tak tau nak cakap apa. Just terbaca blog my friend yang baru confess straight to the point. Sebab someone stalk blog dia. Ok, aku rasa bangga kat kau. Akhirnya kau mengaku kan :') 


kbye, goodluck in your life :3

Ketawa sampai pecah perut

Assalammualaikum, 


Hari ni aku happy sangat, ketawa banyak gila. 


1) Bila kawan2 aku buat kerja geo. Lepastu aku tengah cakap dengan Ayu, Maryam kena beger. Then bila dia jerit panggil aku, aku gelak2. Hahaha. 


2) Aku duduk kat tempat Amira buat math ngan dia. Lepastu kitaorang gelak bila kitaorang tak dapat jawab and burn salah kira.


3) Masa sejarah, cikgu ajar sambil tunjuk2 guna jari hantu, aku dah tutup2 mulut gelak. Then bila Ijah seram gila bila budak tu lepas kena lambung then kena parang ke apa tah, dia tutup muka guna beg. Cikgu pandang lain macam je. Lepastu semua gelak. Lagi satu cikgu tersasul cakap 'saya' jadi 'sayang'. Aku dah nak tersembur masa tu.


4) Masa agama, cikgu suruh terangkan pasal solat Hari Raya. Then mereka berdua ni sesuka je buat perbezaan sendiri.


5) Aku kena bahan panggil 'Kak Intan'.


6) Masa bahasa melayu, cikgu tulis soalan kat papan. Cikgu tertulis 'soalan yang berlobang'. Then aku gelak teruk gila. Lepastu ayat 'letak tangan kat bahu Kamal'. Then kitaorang buat gaya. Bila Afham ngn Awat tengah cari idea, diaorang pun buat ayat 'mata berkaca'. Macam ni tau. Ibu tengah pegang gelas air sirap. Lepastu dia tersadung, gelas tu pecah then kaca tu masuk mata dia. Weh! Sengal gila. Aku dah hempas pen aku tu, sebab lawak sangat. Then bahu aku terhenjut-henjut tak boleh berhenti. Tak leh fokus nak tulis kot. Lepastu boleh pulak tanya kuat sangat ke kitaorang cakap. Cerita dia kan pasal mat rempit, boleh pulak mak dia race sekali. Tengok2 dah kat sebelah (Y) LOL! Tiba2 Maryam pulak tanya beza lombong ngan longkang. Cikgu Hasmida kena langgar camtu lah lepastu jatuh dalam lombong. HAHAHA!


7) Then Maryam suruh pilih A ke B, ada lah something tu. Lepas tu gelak kuat gila ngn Naufal pasal Si A ni. Lepastu gelak pasal Amira dia cakap telefon ngan mak dia, Hadi bising. Then bila Afham cakap 'sakit bontot aku duduk atas bontot'. Hahahahaha k afham k. Balik tu aku ngan Sakinah buat style jalan kitaorang. Gelak gila bangang.


Banyak sangat gelak, nanti hati boleh hitam lepastu lupa apa kita belajar.
Aku dah anggap kelas tu dah macam adik-beradik. Dah hafal dah perangai diaorang :)

Sinar sabtu dan kelas tambahan

Assalammualaikum,


Haa, tajuk macam best kan. Bagi siapa yang dah habis sekolah tu mesti gelak bila baca tajuk ni. I know korang dah bebas. But i will someday :) kita kena ambil pengalaman then nanti kita akan ingat bila-2. Tapi ni bukan nak cerita pasal pengalaman, form 5 pun nanti ada k.


Kelmarin, hari rabu tu. Kami dikejutkan dengan note kat papan putih dan 3 kertas kat atas meja guru. Masa tu, aku blur gila. 'Hah? Dah start eh? Minggu ni la?'. Nampak tak excited di situ? Harhar. Then cikgu yang uruskan form 3 masuk kelas kitaorang. Dia memang explain panjang lebar. Aku memang suka sangat orang ingatkan pasal PMR ni sebab aku memang leka seriously.


Then kami bersemangat nak pergi sabtu ni. Macam best kata kami. Masa tu cikgu cakap boleh pakai baju sukan tau. Then tiba-2 pagi tadi pengumuman secara umum, kata WAJIB pakai baju sekolah. And kami macam ohhh fishh! Abis nak spray kayu esok acane. Tak macam pekerja pasar ke?


Next week, minggu depan ada kelas tambahan sekali. Memandangkan aku tak tusyen, ia sangat bagus buat awal-2. 1 hari 1 subjek. Memang penatkan, but i will try. Kesian kat budak tusyen, petang ada kelas, malam tusyen, bila nak buat homework. Esok pagi pinjam kawan kan -.- And and nasib aku tak dapat cikgu baru tu, kalau tak memang aku keluar kelas seriously. Gangster tak? Takde la, act dia tak macam mengajar pun :p


*kbai. i hope i can catch up that class

Vanila Coklat

Assalammualaikum,


Sejak aku tengok orang tweet pasal vanila coklat ni kat twitter, aku pun teringin jugak nak tengok. Habis semua dialog keluar kat timeline tu. Serupa je kalau tak tengok lol. Semua kata sweet bagai. Aku pun teringin lah nak tengok. Mana boleh tengok orang sweet-2 ni.


Then, minggu lepas aku start lah tengok. Cair weh! Comel je Zara tu. Amir pulak *ehemehem nsem gilak! Amir tu Aiman Mentor. K. Aku rasa aku sorang je tengok cerita tu kat rumah. Sebab aku ordinary kot. Haha. Betullah orang cakap, bercinta lepas kahwin lagi sweet k........... gadoh2 tacing2. Kfine! Sweet pfft. Tapi itu hanya lakonan, mustahil sekarang ada pasangan macam diaorang kan!


*kbai. im melthing

Comel2

Assalammualaikum,


THIS!

Brooch love2

 blue, pink, light pink, black: 1pcs for 3

Brooch bunga jurai

 from left picture (1, 2, 3, 4): 1pcs for 4


 from left picture (5, 6, 7, 8): 1pcs for rm4

Jam (CASIO)
 :)

 kuning, hijau, hitam, oren: 1pcs for rm15

pink, purple, blue: 1pcs for rm15


Leave me a comment :)

Promosi New Items!

Assalammualaikum,

Hari ni saya nak promosi beberapa barang. Sangat murah! Hope korang suka and kalau berminat boleh order kay :)

Gelang

Blue, White, Light Pink : 1pcs for rm5


Silver, Colorful, Brown : 1pcs for rm5

 Brooch
 Brooch bunga (peach, light blue, light blue, light green, light purple, turqoise): 1pcs for rm2

 Brooch bunga (maroon, green, pink, blue) : 1pcs for rm2

 Brooch bunga plastik (purple, dark blue, light blue, pink, red) : 1pcs for rm3

 Bahagian belakang

 Brooch bunga kain (yellow, purple, red) : 1pcs for rm3

 Bahagian belakang

 Brooch riben: 1pcs for rm3

Bahagian belakang

 Brooch jurai2 - from left picture (1,2) : 1pcs for rm4

  Brooch jurai2 - from left picture (3,4) : 1pcs for rm4

                          Brooch jurai2 - from left picture (5,6) : 1pcs for rm4


Tidak termasuk harga pos

Jika berminat, please email me at (i_qila@yahoo.com). I'm serious.
Apa yang perlu ada:


Nama:
Alamat:
Barang:
Jumlah: